Wednesday, 27 December 2017

PENGELUARAN KWSP DALAM MEMBINA RUMAH

1) Kelayakan bagi membuat permohonan adalah seperti berikut :
 Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
 Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
2) Ahli tidak layak memohon sekiranya:
Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
Membeli rumah ketiga
Membeli rumah di luar negara
Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri
3) Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
 Wang daripada EPF (Akaun 2) boleh digunakan untuk membayar beza harga antara harga rumah (berdasarkan harga SPA) dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga 10% tambahan ke atas harga rumah.
 Jadi, kalau kita berjaya dapatkan 100% pinjaman, jumlah maksimum yang boleh kita keluarkan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah yang kita nak beli itu.
Jika rumah itu dibeli secara tunai, kita boleh tarik balik harga rumah itu sehingga 110%.
 Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau “joint account”).
4) Kekerapan Pengeluaran.
 Pengeluaran untuk membeli rumah pertama.
 Pengeluaran untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama dijual, atau pelupusan harta telah dibuat).

No comments:

Post a Comment